Wednesday, July 31, 2013

Biskut Sarang Semut

 Bahan-Bahan:
Gula halus 1 cawan
 Buttercup/mentega/planta 1 cawan
 Tepung gandum 3 sudu
 Tepung kastard 1 1/2 cawan (ikut gram kedua tepung adalah 400gram. Bila tepung gandum 50g, tepung kastard 350g ya)
Kuning telur 1 biji
Esen vanilla Mangkuk kertas. (adunan akan dapat 100biji) Hiasan - coklat rice


Cara Menyediakan: 

1- Pukul gula dan mentega hingga kembang dalam 5-6minit
2- Masukkan telur kuning dan esen vanilla, gaul lagi.
3- Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan akan lembut sahaja.
4- Parut adunan seperti gambar diatas.
5- Masukkan dalam paper cup dan hias dengan coklat rice.
6- Bakar pada suhu 180c selama 10minit.
 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez