Friday, November 4, 2022

Biskut Brownies Hakeem

 Biskut Brownies Hakeem






Bahan-bahan:

• 100g coklat gelap

• 60g mentega tanpa garam

• 1 biji telur

• 100g gula perang

• 65g tepung biasa

• 10g serbuk koko

• ½ sudu kecil serbuk penaik

• ¼ sudu kecil garam


Suhu 160c 20 minit

Thursday, June 30, 2022

Paru Masak Berlada

 Paru Masak Berlada

Bahan-bahan



Paru

Serbuk kunyit

asam keping

serbuk sedap rasa



Bahan kisar dan tumis:

(kisar kasar, jgn hancur)

bawang putih

bawang besar

cili api

belacan

garam gula

air asam jawa


Cara-cara 


Rebus paru dengan asam keping. Setelah masak, potong paru dan gaul dgn serbuk kunyit dan serbuk sedap rasa. goreng sehingga garing.


Bahan kisar tumis dengan minyak goreng paru td.. kemudian masukkan paru yang sudah digoreng tadi.. gaul rata. siap dan hidang utk di makan.


Thursday, March 24, 2022

Air Asam Ikan Bakar

 Air Asam Ikan Bakar



Bahan-bahan :


asam jawa

belacan

serai

cili padi 

bawang besar

gula

garam


Cara:


Masukkan air asam jawa yang telah di larutkan dengan belacan, masak atas api yg sederhana, masukkan secubit garam, gula secukup rasa.kacau sehingga larut. biarkan sejuk seketika. baru masukkan serai yg dimayang halus, cili padi dipotong halus, bawang besar dimayang halus.. air asam siap!

Monday, March 14, 2022

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

 Ikan Siakap Masak 3 Rasa



Untuk Ikan:

1 ekor ikan siakap - kelar dan lumur garam kunyit

Minyak - untuk menggoreng ikan


Bahan Menumis:

4 ulas bawang putih - ketuk

6 tangkai cili padi - dipotong kecil

1 inci halia - dihiris halus

1 batang serai - ketuk


Bahan Sos:

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram


Bahan bahan Lain:

1 biji bawang besar - dipotong dadu

1 biji tomato - dipotong dadu

3-4 helai daun limau purut - buang tulang

Nenas dipotong dadu

Minyak untuk menumis

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa


Cara cara:

Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika.


Panaskan minyak dan goreng ikan. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.


Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai. 


Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram,  serta daun limau purut. Kacau sebentar.


Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula.


Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.


p/s : mula2 buat ikan siakap.. tp lupa nk ambil gambar.. kali ke 2 ikan talapia.. ikan apa2 pun sedap.. ataa selera masing2🤗

 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez