Monday, December 30, 2013

Kentang Masak Merah

Kentang Masak Merah Ala-ala Johor

Bahan-bahan

Ubi Kentang
Lada Lumat
Bawang Lumat
Asam Jawa
Garam Kasar ( petua dari arwah ma (al fatihah) masak gune garam kasar sebab kalau garam halus pahit skit)
Gula
Minyak

Cara-cara
1. Ubi kentang dikopek dan dihiris bulat2, kemudian di goreng kosong.
2. Tumis kan bawang lumat, lada lumat dalam minyak yang da panas, masukkan air asam jawa , gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan kentang yang da di goreng ke dalam bahan tumisan tadi dan gaul hingga rata. Kemudian angkat dan hidang untuk dimakan.


So Hun Lada Hitam Goreng

Bahan-bahan

Bawang lumat
Soo Hun
Bebola sayur
Sos lada hitam (cap puteri @ sarawak)
Lada hitam kisar
Sayur-sayuran
Isi Ayam
Sedap Rasa
Sos Cili
Kicap Manis
Gula
Minyak
Cili Api
(boleh anggar berapa banyak bahan2 sendiri)

Cara-cara buat

1. Soo hun di rendam ke dalam bekas yang berisi air penuh dalam 15 minit utk mendapatkan soohun yang lembut.
2. Tumis kan bawang lumat dalam minyak, masukkan ayam, masukkan cili api yang telah dipotong, sos lada hitam, kicap, sos cili, sayur2 bebola sayur..masukkan sedikit air, gula, garam.
3. Masukkan soo hun ke dalam tumisan tadi, kemudian gaul sehingga rata ..masukkan lada hitam kisar secukup rasa.
4. biarkan rata sohun dengan tumisan, kemudian angkat dan sedia untuk di hidang.

p/s : rekaan resepi sendiri..yang penting en hubby dah ketagih.. hehe.. :)

Tuesday, September 17, 2013

Masak Lemak Kuning (Sotong/Udang/Ketam)

Bahan-bahan
Bahan A
- lada jarum 10 biji (sbb suke pedas)
- halia sebesar ibu jari
- kunyit sebesar ibu jari
- 2 batang serai (potong kecil2 dulu sebelum tumbuk)
- 5 biji bawang putih

Bahan B
- minyak masak
- Sotong / udang/ ketam
- bawang lumat
- 1 batang serai yang dah di ketuk skit (nak bagi naik bau je)
- santan segar (suke hati, kalau nak pekat letak byk)
- sedikit garam dan gula (secukup rasa)

Cara Masak
1. Tumbuk semua bahan A dengan lesung atau cara moden kisar tapi tak berapa lumat la..sedang2 saje
2. Tumis bahan A ke dalam minyak dan dah masukkan bahan B
3. Sentiasa kacau sehingga menggelegak. Siap untuk di hidang.

Wednesday, July 31, 2013

Biskut Sarang Semut

 Bahan-Bahan:
Gula halus 1 cawan
 Buttercup/mentega/planta 1 cawan
 Tepung gandum 3 sudu
 Tepung kastard 1 1/2 cawan (ikut gram kedua tepung adalah 400gram. Bila tepung gandum 50g, tepung kastard 350g ya)
Kuning telur 1 biji
Esen vanilla Mangkuk kertas. (adunan akan dapat 100biji) Hiasan - coklat rice


Cara Menyediakan: 

1- Pukul gula dan mentega hingga kembang dalam 5-6minit
2- Masukkan telur kuning dan esen vanilla, gaul lagi.
3- Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan akan lembut sahaja.
4- Parut adunan seperti gambar diatas.
5- Masukkan dalam paper cup dan hias dengan coklat rice.
6- Bakar pada suhu 180c selama 10minit.
 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez