Monday, October 11, 2010

Kek Coklat

Bahan A :


2 cawan gandum
2 cawan serbuk coklat
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil serbuk penaik

--->semua bahan2 diatas diayak dalam 1 bekas

Bahan B:

1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

--->campurkan semua bahan di atas..kacau sehingga semua bahan sebati

Bahan C - Utk topping :

1/2 cawan serbuk koko van houten
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter @ marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curah atas kek coklat yang sudah dikukus

Cara-cara :

Gaulkan kan bahan A dan bahan B..kacau sampai rata..setelah rata, masukkan 1 cawan air panas.kacau rata..kemudian, masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak pada keseluruhan permukaan loyang.
Kemudian tutup loyang td dengan alu foil dan kukus selama 2 jam..(air dalam kukusan kena tgk dalam sejam sekali kerana dikhuatiri air kering..)...bila kek sudah masak selama 2 jam, terbalik kan ke dalam bekas untuk di pastu topping coklat (bahan C).

*kek ni masukkan dalam peti ais..bia kan dalam 1 hari atau 2 hari..baru sedap untuk di makan..;)*

Puding Triffle

Puding Triffle



1 tin susu cair
1 tin koktail
5 sudu gula
5 sudu tepung kastad
1 paket jelly nona
1 kek swiss roll

A)Masukkan susu cair, 1 tin air, 7 sudu gula, tepung kastad -->seme ni di masak hingga likat dengan api yang sederhana..sentiasa kacau sampai likat berkilat.

B)kek swiss roll di potong 1.5cm tebal, susun dalam bekas...lepastu lembab kan dengan air koktail(air je tau..).bia kan seketika..isi buah koktail digunakan untuk ditabur nnti.

C)jelly di masak mengikut arahan pada paket jelly..

-------------------

Cara sedia :

setelah (B) selesai, letak kan lapisan atas dengan (A)..lepas tu taburkan isi koktail (buah-buahan tu) atas bahan (A)..lepas tu letakkan bahan (C) atas bahan atas taburan buah koktail tu...selesai..leh masukkan dalam peti ais..baru sedap..;)
 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez