Friday, April 24, 2020

Kuih Tepung Bunga

Bahan-bahan:

1 cawan tepung pulut
½ cawan  air
¼ sudu teh garam
1 biji telur - untuk celup
Minyak- untuk menggoreng
2 sudu gula pasir- untuk tabur

Cara -cara:

Uli tepung pulut dengan air dan garam.. sehingga boleh dibentuk.Bentuk bulat dan penyetkan leper.Celup telur dan goreng. Toskan minyak, gaul dengan gula.


Tuesday, April 21, 2020

Jus Lega

Bahan-bahan:
- 1 gelas madu
- 1 gelas bawang putih kisar (kisar sedikit air sahaja)
- 1 gelas halia kisar (kisar sedikit air sahaja)
- 1 gelas jus lemon
- 1 gelas cuka epal

- pastikan gelas bukan gelas besi, utk jaga khasiat bahan. Dan guna periuk kaca semasa memasak jus lega.

Cara2:

Masukkan bawang putih, halia, jus lemon dan cuka epal dlm periuk kaca, dan kaca sehingga nmpk pekat dan kurang separuh dr sukatan asal. Masak kira2 2 jam dgn api sederhana dan sentiasa kacau.
Bila dah nmpk pekat, masukkan madu dan bia kan sejuk. Simpan dlm peti dlm bekas kaca. Ambil 2 sudu plastik pagi dan ptg.

Gambar dr google

Hasil Jus Lega


Wednesday, April 15, 2020

Kuih Bakar

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 kotak kecil santan kara ( jadikan 3 cawan dgn tambah air )
- 2 besar sudu planta
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan air daun pandan ( 6 helai daun pandan kisar dengan air kemudian toskan airnya sahaja)
- 3 biji telur

Cara-cara :
Blend atau mix semua bahan dlm mixer atau blender.. sapu loyang dengan sedikit planta dan tuang bahan yang telah sebati tadi. Bakar dlm oven api atas dan bawah, suhu 180 selama 1jam.. dah siap bakar tu, tambah lagi 10-15 minit api atas utk dptkan garing di atas..Biarkan sejuk dan hidangkan utk makan.. Selamat mencuba!


tak sabar nak tggu sejuk kita dan potong.. kan dah comot.. hahah

Saturday, April 4, 2020

Bubur caca

Bahan2:
- 2 cawan bubur caca warna warni
- 1 kotak santan kara
- Gula secukup rasa
- Garam halus secubit
- 1 gula melaka kecil
- 1 helai daun pandan

Cara2 buat :
- Rebus bubur caca warna warni sehingga kembang dan betul2 lembut dlmnya.
- Kemudian tapis bila dan masak.
- Masukkan santan, daun pandan, gula garam gula melaka  dan masak sambil kacau.bila dah panas masukkan bubur caca warna warni. kacau dan siap..

Biskut roti planta gula bakar

Bahan2:
- Roti Gardenia.
- Planta
- Gula

Cara buat :
- roti di potong kecil dan di sapu planta. kemudian dirabur gula atas nya.
- Kemudian bakar dlm Air Fryer dengan suhu 180 darjah 10minit.


Monday, March 30, 2020

Butir Nangka

Bahan-bahan butir nangka

  • 4 cawan tepung beras pulut
  • Air
  • Sedikit kapur makan
  • Secubit garam dan pewarna kesukaan
  • Kuah:
  • Santan kara kotak kecil
  • Gula secukup rasa
  • Garam secubit
  • Daun pandan


Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. Kacau...
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul.
  3. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Tambah air ikut keperluan.
  4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... Bila masak ia akan timbul.
  5. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. 
  6. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan ke dalam periuk, masaklah hingga mendidih. 
  7. Bila dah siap bolehlah dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. Sedia untuk dihidang...
  8. Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. Begitu juga dengan halba. Boleh ditambah sukatannya kalau suka

 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez