Wednesday, November 30, 2011

Nasi Ayam



Bahan-bahan Tumis :

Marjerin,
5biji bawang putih yang dimayang,
1 biji bawang besar yang dimayang,
sehelai daun pandan
 *semua bahan di atas ditumis

Sup rebusan Ayam:
3 labu bawang putih (lenyek sedikit)
Halia(hiris bulat2)
Ayam

Sos Lada:
6 biji lada besar ,
1 biji tomato,
11 biji asam limau nipis,
1 ulas bawang putih,
sedikit air rebusan ayam,
garam,
gula
*semua bahan di atas dikisar.


Ayam Perap:
Ayam dari rebusan ayam dikeluarkan dan diperap dengan kicap masin, kicap manis, sos tiram maggie. Kemudian digoreng.
*Air perapan kicap ayam tadi boleh digunakan sebagai sos kicap ayam

Nasi :
Beras dibasuh, air rebusan ayam lebih 1 dari sukatan beras, campur dengan bahan2 tumis, garam secukup rasa.

Kuah Sup:
Apabila ayam dikeluarkan, masukkan garam secukup rasa, masukkan kiub ayam, masukkan rempah sup bunjut, masukkan bawang goreng, daun sup yang dihiris, daun bawang yang dihiris.

Lala Masak Pedas

Bahan-bahan:

Lada giling
Bawang lumat,
Sos cili,
Sos Tomato,
Garam,
Gula,
1 biji tomato,
5 biji bawang putih ditumbuk separa hancur
halia sebesar ibu jari ditumbuk separa hancur
2 batang serai dihiris nipis2
belacan sebesar ibu jari
1 biji bawang besar mayang
5 biji cili padi dihiris nipis
asam jawa,
lala,
minyak masak.

Cara-cara Memasak:

Lala direndam dalam air seketika untuk membuang pasir dalam kulit.
Tumis bawang lumat dengan lada giling dalam minyak sehingga berbau, kemudian masukkan bawang putih yang ditumbuk, serai, asam jawa, masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula secukup rasa, belacan, masukkan lala, perah asam limau.

Sambal Ayam Penyet

*Anggaran 2/5 blender

Cili Kecil
Cili Besar
1biji bawang besar
1biji tomato (dikisar)
1biji timato (dihiris)
10 bji limau nipis
belacan
garam kasar
gula

*Campur semua bahan dan kisar.selepas kisar, panaskan minyak dan tumis. letakkan lagi tomato yang dihiris. Tumis sampai pekat.

Rojak Buah(Resepi en hubby)

*Anggaran Untuk sukatan setengah blender

Lada Kering - 2cekok tangan (potong, rebus & blend)
Kicap kipas udang - setengah botol
Nisan (suku keret)
Belacan (1 sudu besar )
Asam jawa (3 sudu besar/setengah cawan)
Cuka (3 sudu besar)
Gula (3 suku cawan)
Garam (secukup rasa)

Blend lada kering + semua bahan yang lain. bila semua bahan telah hancur, masak atas dapur seketika.

Monday, November 28, 2011

Biskut cornflakes bermadu

Bahan-bahan:

8 cawan sukatan cornflakes
Setengah cawan kismis
Setengah cawan madu
Setengah cawan mentega
2 sudu makan gula

Cara-cara:
Masak mentega, madu, gula atas dapur dengan api yang perlahan. Siap masak gaulkan dengan cornflakes dan kismis. Kemudian bakar dengan oven (agak2 suhu ) sehinnga kekuningan.

Nasi Lemak

Bahan Nasi:
2cawan beras
1 cawan santan
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
3 hirisan halia
Secubit garam
Hirisan bawang merah

*Masukkan semua dan masak nasi lemak.

Bahan Sambal:

Tumis bawang dengan lada dan asam jawa, masukkan bilis, garam, gula.

Tumpat Sotong


Bahan-bahan:
Mayang bawang merah panjang2,
halia, santan, garam secukup rasa, halba,
beras pulut perap dengan santan dalam 15 minit.

Cara-cara:
Letakkan santan dalam periuk, masukkan bawang,halia,garam,halba.(Kuah)

Masukkan pulut yang sudah diperap dengan santan ke dalam sotong, sematkan sotong dengan lidi.

Masukkan sotong yang sudah berisi dengan pulut ke dalam kuah. Masak sehingga sotong masak.

Kari Ayam

Bahan-bahan:

Minyak,
Kari Adab ayam,
bawang lumat,
kiub ayam,
garam,gula,
asam jawa,serai

Cara-cara:
Masukkan minyak masak, tumis kari dan serai dalam api yang perlahan, masukkan bawang lumat,masukkan asam jawa, kiub ayam,garam,gula.

Kerutub Ayam

Bahan-bahan:
Serbuk kerutuk ayam dan daging adabi,
bawang lumat,
bhn 4 beradik (kayu manis, bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis)
halia, bawang putih, serai 2 batang,
sedikit kerisik,
santan,
sedikit garam, gula,
asam jawa

Cara-cara:
Tumis bawang putih, halia, serai, bahan 4 beradik. Masukkan serbuk kerutub yang sudah digaul dengan bawang lumat. Masukkan kerisik, masukkan ayam, masukkan santan, sedikit garam dan gula.

Puding Seri Terengganu

Agar-agar sebungkus, 4 gelas air atau 1600ml, secawan gula, 1 tin susu cair, 4 biji telur, 2 sudu besar kastad, 1 sudu kecil esen vanila, serbuk koko

Agar-agar dimasak dengan air sehingga semua agar2 hancur, masukkan gula, adunan telur, kastad, esen vanila, susu dimasukkan kemudiandan dimasak dengan api kecil sehingga likat.

bahagikan kepada 2 bahagian - satu diletakkan koko.

masukkan ke dalam loyang secara selang seli.kemudian sejuk kan.simpan dalam peti

Daging Masak Kicap


Bawang Besar, Bawang putih, halia, lada dan serai ditumis

Masukkan daging, masukkan kicap manis, masin, sosotiram, letak air..tutup hingga masak

Sunday, November 27, 2011

Rempah Kuah Steak(rempah warna hitam)

Adunan air, rempah ..tunggu panas, letak bawang putih yang dipotong halus, sedikit garam, gula secukup rasa, letak lada hitam yang ditumbuk, tepung jagung yang telah dicairkan dengan air.. semua bahan di anggarkan mengikut rasa.

Nasi Beriani

Air Rebusan :

Rebus air, daun pandan, minyak, rempah 3 beradik

Kacang Dal :
Rendam kacang dal sehingga kembang, rebus, letak minyak sedikit

Masak rempah ayam :
Lada hijau 10biji, tomato 5 biji, bawang merah 20 biji, bawang puith 6 biji, halia besar ibu jari. Semua bahan diatas dikisar dan digaulkan dengan 3 bungkus rempah dalca solehah, rempah 3 beradik 1 bungkus kecil, daun pandan 3 helai yang telah dicarik-carik, kunyit debu, susu cair, minyak sapi. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan rempah ayam diatas, masukkan ayam, santan 2bungkus, air, garam, gula.

Nasi Beriani:
Beras yang direndam ditapis, masukkan dalam kukusan, rebus sampai keluar asap. keluarkan, gaulkan dengan air rebusan, arongkan dan dibiarkan seketika. Masukkan balik ke dalam kukusan, masukkan daun pandan kedalam kukusan. biarkan sehingga keluar asap, keluarkan dan bahagikan kepada 2bahagian nasi, masukkan dalam perik yang telah disapu marjerin.
Lapisan pertama nasi, taburkan cat kuning, asam limau nipis, daun pudina, sadri, tumbor, bawang goreng, tomato soso, kacang peas, kismis, susucair, kuah ayam.
Lapisan atas nasi, tabur bahan seperti lapisan pertama, letakkan ayam, tutup denga lesung letak air atas tudung periuk. Biarkan masak(berbau). Apabila masak, gaulkan dan panaskan dalam periuk nasi elektrik.

Kuah Dalca :
Panaskan minyak, tumis lada, tumis rempah(10bawang kisar,5bwgputih,halia,digaul dengan 1 bungkus rempah dalca solehah), rempah kari, masukkan air asam jawa, masukkan santan, daun kari, air, kaki ayam, tulang ayam, garam, gula, nisan separuh, ajinomoto, kacang dal rebus, masukkan kentang, kacang panjang, lobak, kacang lendir, terung bulat, biarkan masak.

Ayam Percik

Ayam perap garam kunyit,
Letak santan dalam periuk, bawang kisar, lada, asam jawa sampur belacan, garam, gula, halba. Masak hinnga naik minyak.

Masukkan ayam dalam santan. Bakar ayam percik td.

Mee Goreng


Tumis bawang lumat, lada, asam jawa, garam, gula, masukkan ayam, bebola, sos tomato, masukkan  mee gaul rata sehingga masak.

Tempe Goreng dan Sambal Kicap

Tepung Tempe :

Tepung gandum, rempah kari, serbuk kunyit, garam. Campur air, kacau rata. Letak kan sedikit minyak.Kacau rata.

Sambal Kicap :

Tumbuk lada kecil dan bawang putih, masukkan kicap manis.

Gulai Limpa / Daging

Masukkan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah 4 beradik hingga naik bau, kemudian tumis campuran lada giling, bawang lumat, serbuk rempah solehah, tumis hingga naik bau, masukkan air dan daging atau limpa..

Biarkan hingga sedikit kering, kemudian masukkan kerisik sesudu besar, masukkan sedikit garam dan gula. Kemudian masukkan santan dan biarkan masak.

Singgang Ikan



Masukkan air, ikan aya, kunyit, kuah, garam, asam gelugor, bawang putih

Rempah ikan bakar no.1

Cili Boh
Bawang merah + bawang putih (kisar)
serai, halia (kisar)
belacan + nisan
garam + gula
bunga kantan
daun limau parut

Ayam Bakar

Rempah Sate

Serai, haliaa, bawang merah dikisar

asam jawa, gula dan garam

* Semua bahan digaul dengan ayam

Epok-epok

//Resepi dari aini

Panaskan minyak dalam kuali


2 sudu gandum gaul dengan planta, campur garam sedikit, tuang minyak masak dalam gandum dan mentega,
campur air, uli sampai jadi doh.

Inti guna bawang besar dan telur.

Begedil Ayam

Kentang direbus
Isi Ayam
Bawang besar ditumbuk halus
Daun sup dipotong halus
lada sulah
sedikit garam
*gaul semua bahan dan dibentuk bulat
telur untuk dicelup sebelum digoreng

Sup Ayam

Ayam dipotong mengikut kesukaan masing-masing

Sedikit garam, lada sulah, bunga lawang, kayu manis, cengkih ditumis

Bawang besar, bawang putih, halia
Air
Ubi Kentang
Daun sup dan daun bawang

Ikan Kerisi Masak Asam

Bahan-bahan

Bawang kisar,
Halia,
Lada giling,
Asam Jawa,
Daun Kesom,
Serai,
Garam,
Gula

*Tumis semua bahan.

Pajeri Nenas

- Nenas
- 1 setengah sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar kerisik
- 1 sudu bawang kisar
- 1 sudu udang kering
- 1 cawan santan
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang

* Tumis kerisik, bawang, kayu manis, serbuk kasri, bunga lawang.
*Kemudian masukan udang kering, masukkan santan.

Puding Karamel

Bahan A :

- 7 bjii telur gred A (tapis dalam penapis untuk dapatkan struktur halus)
- 1 tin susu pekat
- 1 tin air (guna tin susu pekat)
- 1 sudu teh esen vanila

* Semua bahan A dicampur dan di kepok sedikit.

*4 sudu gula cair digoreng sehingga kekuningan

*Tuang gula cair dalam loyang, kemudian bahan A dituang ke dalam loyang tadi. Kukus dalam 30 minit.

Puding Tauhu

Bahan-bahan :


- Separuh  agar-agar
- 2 tin susu cair
- susu manis hampir 1 tin
- 12 gelas kecil air
- 1 sudu kecil icing rose

*Masak semua bahan atas dapur dengan api perlahan dan perlu dikacau.
*Tabur air dan buah campuran atas puding

Spagheti AyeMunie

Bahan-bahan Kuah :

- Bawang Lumat,
- bawang putih dadu,
- daging cincang,
- tomato potong dadu,
- sos spagheti,
- sos tomato,
- garam secukup rasa,
- gula secukup rasa,
- sosej dipotong nipis2,
- cendawan butang dipotong nipis2,
- bebola daging

*Masukkan minyak dan tumis bawang dan daging cincang. Kemudian masukkan semua bahan.

Mee:
Letakkan myk dalam air rebusan mee untuk mengelakkan spagheti melekat

Apam Polkadot



Bahan-bahan

- 3 biji Telur dari peti sejuk (gred A)
- 275gm tepung gandum
- 220gm gula halus
- 150ml susu segar atau susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling, blueberry, strawbery
- Pewarna


Cara Membuat : 


Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima hingga kembang.
Bahagian adunan kepada 3 bahagian, titiskan warna.
Masukkan adunan dalam piping beg dan picit adunan dalam beg dan picit adunan dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
Masukkan filling dan masukkan adunan lagi hingga penuh
Last sekali dot-dot warna pilhan..kemudian kukus selama 10-15 minit atau hingga masak.

Tart Telur

Bahan Kulit :

- 1 1/2 cawan marjerin,
- Gandum (Masuk sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli dan tidak terlalu keras)
- Secubit Garam

Bahan Isi :

- 1 cawan air
- Sesenduk gula (masukkan air dan gula dahulu)
- 1 cawan susu cair
- 2 biji telur


Cara-cara membuat :


- Bahan Kulit adun semua bahan.
- Bahan Isi adun semua bahan.
- Bakar setelah dimasukkan ke dalam acuan tart telur.

Kek Caramel

Atas Kali ke dua----Bawah pulakPertama Kali cuba dan Menjadi..suke..:)

Munie nye kek..:)

Bahan A – gula hangus:
2 sudu besar gula caster
Cara: Taburkan gula secara sekata di atas loyang dan masak atas api perlahan sehingga perang.  Ketepikan, biar sejuk
Bahan B – karamel
1/2 tin susu cair (susu luna tin besar- susu cair apa2 pun ok..sy gune susu cair f&n je)
70 gram (8 sudu besar) gula caster – nak kurang manis, 7 sudu sudah cukup
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Cara: Kacau sebati – pastikan tiada buih dan tapis di atas gula hangus yang sudah beku
Bahan C – kek
140 gram tepung gandum
70 gram gula castor (8 sudu besar)
3 biji kuning telur
135 ml air (7 sudu besar)
7 sudu besar minyak sayuran
1 sudu teh baking powder (tidak perlu jika menggunakan tepung naik sendiri)
Cara: Kuning telur, air dan minyak dipukul sehingga kembang. Masukkan gula, pukul lagi hingga naik sekali ganda. Masukkan tepung dan baking powder
Bahan D – meringue
6 biji putih telur
70 gram gula castor (8 sudu besar)
1 sudu teh cream of tartar
Cara: Pukul bahan-bahan atas sehingga kembang dan tidak jatuh bila diangkat dengan sudu
Cara satukan bahan C dan D :
Satukan C dan D, dan kaup balik sehingga sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian, dan titiskan pewarna berlainan kepada setiap bahagian. Kacau sehingga warna sebati.
Langkah akhir sebelum masak:
Di dalam loyang berisi karamel dan gula hangus tadi, sendukkan 1 bahagian warna kek ke bahagian tengah karamel. Sendukkan warna yang lain ke tengah-tengah bahagian adunan kek yang disendukkan sebelum ini. Ulang prosen ini sehingga adunan kek habis.
Panaskan oven dengan suhu 375 F (190 c). Masak kek secara double boiler (letak di atas loyang lain yang berisi air).
Masak selama 40 minit di bahagian bawah oven.

p/s : lupe lak ambik resepi ni kat ne..pe pun..thanks for sharing..:)

Monday, August 22, 2011

kuih kaswi

KUIH KASWI
Resepi Asal:KAK QUINNIE (dpt dr kwnnyer kak Q)

Bahan2

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 1/2 cawan gula putih (kalau suka manis buat 2 cawan)
  • 2 cawan gula merah (saya guna yg elok punya jadik tak yah nak buang pasir)
  • 9 cawan air
  • 1/2 sudu besar kapur ( kapur tu kalau keras tambah air panas dulu biar dia cair..lepas tu ambik air ngan kapur2 nya sekali) 
Cara2
  1. mula2 masak gula merah dan gula putih bersama dengan 2 cawan air. masak hingga gula hancur dan sebati dan berbuih...dia bila buih tu maknanya gula dah likat.>>Yg ni kita letakkan daun pandan diikat sekali semasa memasak.
  2. selepas gula dah masak, tapis air gula tadi. kemudian campur kan lagi dengan air hingga bancuhan air gula tadi menjadi 9 cawan air gula. (kiranya air gula tadi...lepas tapis sukat la dapat berapa cawan...lepas tu jadikkan dia sampai dapat 9 cawan)
  3. campur semua tepung dan kapur, lepas tu masuk kan air sikit2 dan kacau sebati.
  4. untuk pastikan semua bahan sebati, tapis kan bancuhan tadi.
  5. sebelum membancuh bahan tadi, boleh lah dipanaskan kukusan, bila kukusan dah panas, isi bahan bancuhan kedalam loyang yg telah di griss atau pun acuan lompang yg telah di griss jugak. kalau guna acuan lompang boleh isi penuh2.
  6. kukus kuih tadi selama 15-20 minit kalau guna acuan lompang...kalau pakai loyang kukus dlm 45 minit. lepas tu sekiranya ada air bertakung atas kuih, buka penutup kukusan tadi dan buang kan airnya...sama ada guna tisu dan lap2 kan kat atas kuih tadi atau pun guna penyepit kuih dan tonggeng kan sikit acu lompang atau loyang kuih dan biar air tu jatuh. kemudian masakkan lagi selama 10 minit dgn membiarkan penutup kukusan tadi dibuka utk kasi air tu kering.
  7. bila dah kering boleh la di tutupkan api dan diangkat kuih utk disejukkan. biar kuih dah betul2 sejuk baru boleh dipotong atau dikeluarkan dari acuan lompang.
  8. boleh lah dihidangkan bersama kelapa parut putih yg dicampur dengan sedikit garam. kukus selama 5 minit kelapa tadi utk kelapa tahan lama.
  9. utk mengelakkan kuih tu berair teruk kat atas dia...balut penutup kukusan dgn towel lembab.
(nota: satu adunan ni dpt satu loyang besar....saya buat 1/2 je kalau nak makan tuk sekeluarga...kuih ni tahan 2 hari...bleh simpan dlm peti ais kalau tak habis..)

credit to : http://kurniaanmu.blogspot.com

Monday, February 28, 2011

Topping Kek Coklat

Utk topping :

1/2 cawan serbuk koko van houten
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter @ marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curah atas kek coklat yang sudah dikukus

resepi kek coklat

Sandwich

Bahan-bahan :

- Timun sebatang (dihiris)
- Tomato 2 biji (dipotong dadu)
- Limau nipis 3 biji (untuk perahan)
- Salad budget dalam RM2 kebwh (dihiris)
- Lada besar 2 biji (dihiris)
- Mayonis 2 bungkus (yang paket RM1)
- Sardin Sunstar tin besar (dilenyek)
- Tuna Ayam Brand

-Roti High 5..

Cara-cara membuat :

Timun, salad,  tomato, lada, sardin, mayonis dan tuna digaul terlebih dahulu kemudian limau nipis diperah dan digaul rata..kemudian, boleh la makan dengan roti...



p/s: ni resepi sandwich kat pejabat..aku takut lupe lak bile kena giliran aku kena wat sandwich..heheh
 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez