Ikan Siakap Masak 3 Rasa
Untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap - kelar dan lumur garam kunyit
Minyak - untuk menggoreng ikan
Bahan Menumis:
4 ulas bawang putih - ketuk
6 tangkai cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - ketuk
Bahan Sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Bahan bahan Lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
3-4 helai daun limau purut - buang tulang
Nenas dipotong dadu
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara cara:
Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika.
Panaskan minyak dan goreng ikan. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai.
Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram, serta daun limau purut. Kacau sebentar.
Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula.
Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.
p/s : mula2 buat ikan siakap.. tp lupa nk ambil gambar.. kali ke 2 ikan talapia.. ikan apa2 pun sedap.. ataa selera masing2🤗