Sunday, November 8, 2015

Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan:
1. seekor Ikan patin
2. 4-6 sudu tempoyak
4. 5 biji cili padi 
5. kunyit hidup sebesar ibu jari
6. sedikit serbuk kunyit
7. 1 asam gelugur
8. 1 batang serai
9. daun kesom (jika ada)
10. garam dan gula secukup rasa
11. air

Cara-cara: 
1. Tumbukkan cili api dengan kunyit hidup. kemudian gaulkan dengan tempoyak.
2. masukkan air dlm kuali dan masukkan bahan tumbuk tadi.
3. kemudian masukkan ikan patin, asam gelugur, serai, garam dan gula secukup rasa. tambahkan serbuk kunyit jika kurang kuning.
4. biarkan mendidih dan masak. hidang dan makan! 



Sunday, November 1, 2015

SPaGheTTi AgliO OLiO SiMpLe


Bahan-bahan:
1. mee spagheti panjang ( yang biasa )
2. udang sotong ( suka hati nak letak banyak mana)
3. minyak zaitun
4. parsley
5. bawang putih satu labu (potong dadu)
6. brokoli
7. sedikit garam
8. serbuk lada hitam
9. cili padi ( ditumbuk halus - suka hati nk byk mana, kalau suka pedas lebihkan )

Cara-cara :

1. spagheti mee di rebus dlm air mendidih dengan sedikit myk masak) elak mee melekat).. bila dah masak tos air..
2. minyak zaitun dimasukkan dalam kuali, kemudian masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
3. masukkan sotong dan udang ke dalam kuali dan masukkan sedikit air..
4. masukkan sayur brokoli dan parsley dan kacau.
5. masukkan lada hitam, garam dan cili padi.
6. masukkan spagheti tadi dan gaulkan sehingga sebati dan masak.. 
7. selamat hidangkan dan makan.. nyum!!

Sunday, August 23, 2015

puding roti dengan sos kastard sedap



Bahan-bahan untuk puding roti:

8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus (sy lebih kan 1 sudu, sbb hubby suka manis skit)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:

 
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus (sy lebih kan 1 sudu, sbb hubby suka manis skit)
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:

 1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, husna kacau guna mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain..

2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..

3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..

Untuk sos kastard:

satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..

tumis putih ikan kekek

Tumis bwg putih..halia..bwg merah..klu nk ltk lada jarum skit leh gak..semer tu yg mayang..ltk asam jawa ke asam gelugur skit..jgn byk ngat nt msm..masuk air..lps tu didih masuk ikan..klu ad halba rs masuk halba skit...

resepi dari kakak ku.. simpan dulu.. ni feveret ayahanda bak.. :)

Tuesday, May 26, 2015

Ayam Masak Daun Kesum


Bahan-bahan :
- Lada giling
- Bawang kisar
- serbuk kunyit
- daun kesum segenggam
- asam gelugur 1-2 keping
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
- ayam siap potong
- lada jarum
- minyak masak

Cara Memasak: 

Tumis lada giling, bawang kisar sampai naik bau, masukkan sedikit air, masukkan asam gelugur, serbuk kunyit. kemudian masukkan ayam, gaul semua. Bila nmpk ayam dah masak, masukkan daun kesum, lada jarum, garam gula secukup rasa. Biarkan semua masak sebati dannnn siap.. boleh hidang yer.. ;)



Tuesday, January 27, 2015

Bubur Barli

1.Rebus Barli dengan air secukupnya, (agak2 tenggelam barli dlm periuk), jgn lupa letak daun pandan simpul..rebus hingga kembang.

2. Masukkan santan secukup rasa(pun agak2 je..hehe)

 3.letak kan gula dan garam secukup rasa..
 agak2 dah sedap..boleh simpan dlm peti ais..mkn sejuk lagi sedapp...











 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez