Friday, October 24, 2014

Coleslow

Resepi : Coleslow


Bahan:
1/2 kg kubis putih (anggaran) - bilas & toskan, hiris halus dan cincang 
1/2 biji lobak merah - hiris halus dan cincang (kalau tidak suka warna lobak lebih menyerlah, gunakan sedikit saja)
1/2 labu bawang besar - hiris dan cincang
4 sudu makan yogurt asli
8 sudu makan mayonis
4 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam

Boleh tambah atau kurangkan sebarang bahan di atas mengikut citarasa masing-masing.

Cara:
1. Gaul rata semua bahan di atas hingga sebati.

2. Simpan semalaman di dalam peti sejuk.

Thursday, October 2, 2014

Macaroni Bakar


BAHAN-BAHANNYA

100 gram makaroni (cm guna yang saiz kecil)
1 camca besar mentega Lada hitam kisar secukupnya
1 tin ikan tuna (ayam brand), tos dan hancurkan
1 tin sos spaghetti "PREGO", seperti gambar dibawah

Sedikit herba basil (jenis kering, dalam botol)
Parutan keju mozarella secukupnya


CARA MEMBUATNYA

 Rebus makaroni hingga lembut dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam (jangan sampai terlalu lembut).
Toskan dan gaul dengan mentega. Masukkan makaroni tadi ke dalam bekas kaca tahan panas yang juga telah dilenser dengan sedikit mentega. Tabur ikan tuna rata, kemudian lada hitam kisar, sos PERGO dan herba basil, rata2. Akhir sekali tabur parutan keju mozarella hingga menutupi permukaan sos tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan keju kelihatan perang. Hidangkan, sedap dimakan panas......Alhamdulillah...

KEK PANDAN MARBLE

Bahan:

5 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan mentega @ butter
1 camca besar ovalette
2 sudu susu pekat
3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh pandan paste
1/2 sudu teh esen vanilla


Cara:

1. Putar gula + mentega + ovalette hingga rata.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji & putar dgn kelajuan tinggi hingga kembang & pekat
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar pada kelajuan perlahan.
4. Masukkan asen vanilla.
5. Adunan dibahagi 2. Satu adunan warna asal dan satu adunan lagi pandan paste.
6. Masukkan adunan asal & pandan berselang seli ke dlm acuan.

7. Bakar dlm oven 180C selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing

Mee Hun Goreng Tomyam

Bahan-bahan :
  • 1/2 bungkus bihun (200 gm)- rendam hingga lembut dan toskan
  • 4 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar udang kering - direndam seketika dan toskan* (* ditumbuk)
  • 4 biji cili padi (boleh adjust ikut tahap kepedasan yang diingini) - ditumbuk atau diketuk sahaja*
  • Sedikit isi ayam yang dipotong dadu atau daging lembu yang dihiris nipis
  • 2 sudu besar tom yam paste ATAU 1 kiub tom yam
  • 2 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun limau purut - dicarik
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang dan nipis
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga naik baunya.
  2. Masukkan daging atau isi ayam dan biar seketika.
  3. Masukkan pes tom yam, lobak merah dan daun limau putut. Kacau rata.
  4. Masukkan air, garam dan gula dan gaul rata. Kemudian masukkan bihun dan gaul sebati.
  5. Tutup api dapur dan boleh dihidangkan.
 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez