Friday, February 22, 2019

Kuih Lapis

Kuih lapis



Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)-sy guna santan dlm kotak, santan kara kotak paling kecil.1kotak kecil santan, 1kotak air.
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros


Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci.

2.  Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

3.  Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

5. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. 


6. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

Wednesday, January 30, 2019

Ayam Masak Merah Stail Kundasang

Bahan-bahan:
- 6 ketul ayam
- tepung ayam goreng bestari
- 5 sudu besar sos cili thai
- 5 sudu besar sos tomato
- 5 sudu besar sos tiram
- 5 sudu besar kicap manis
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 1 bawang besar dipotong mayang

Cara-cara:
Goreng ayam yang telah diperap dengan tepung ayam goreng bestari.
Tumis semua sos dan bawang dan buah tomato, bila dah semua sebati, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.. gaul dan biarkan sedikit pekat. dannnn siap.. sila hidang.

p/s : mkn kat kedai makan kundasang, sedap plak.. jadi try buat mcm kiter rase hari tu..

Saturday, December 29, 2018

Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahan:

Pulut Hitam (dlm 3 pot nasi)
Santan (me guna santan kara 1 kotak kecil jer)
Gula (secukup rasa)
2 helai Daun Pandan
Air (tenggelam pulut dan sehingga pulut pecah2)
Secubit garam

Cara-cara:

Rendam pulut semalam dlm air. (untuk lembutkan pulut dan jimat masa masak pulut esoknya)
Esoknya, bilas pulut yang dah direndam dan rebus pulut dengan air melebihi sehingga pulut pecah-pecah.. Jika air dah surut dan pulut masih tak pecah, boleh tambah lagi air sehingga pulut betul-betul pecah. Kemudian masukkan daun pandan, santan, gula dan garam sehingga menggelagak dan masak. (kacau yer, utk dptkan pulut santan yang cantik). Okay bubur pulut hitam is done.. Selamat mencuba!


Thursday, December 27, 2018

Kek Gula Hangus

Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-bahan:
2 1/2 Cawan Gandum
1 1/4 Cawan Gula
1 1/2 Cawan Air
1 Sudu Besar Soda Bikarbonat
8 Biji Telur
1 Tin Susu Pekat
1/2 Cawan Planta

Cara-cara:
Gula dihanguskan sehingga kekuningan. Sejukkan seketika, masukkan sedikit demi sedikit air. (hati2 mudah terpercik). Biarkan sejuk seketika.

Pukul susu, dengan planta, masukkan sebiji demi sebiji telur. Kemudian masukkan gandum sedikit demi sedikit.(Gandum dan soda bikarbonat diayak terlebih dahulu). Masukkan gula hangus dan gaul rata.


Sapukan loyang dengan sedikit planta rata seluruh loyang. Tuang semua adunan ke dalam loyang (adunan diperap selama 4jam untuk dptkan struktur sarang yang cantik). Bakar dlm suhu 180c, 45minit.(depends pada oven masing2, cek kek masak tak, cucuk garfu tgh kek.. tak melekat pada garfu maknanya dah masak). kalau tak masak tambah 20minit lagi. selamat mencuba! 🤗

Saturday, November 4, 2017

Butter Milk Chicken

Ayam Butter Milk.. First try.. and Alhamdulillah.. hubby kita ckp sedap dan menjadi.. .😍❤️


.
Resepi Butter Milk Chicken.
.
Daun kari.
Bawang putih cincang.
Planta.
Susu Pekat campur air skit.
Ayam segera pop corn yang dah goreng.
Cili kecil 2 biji.
(semua bahan diatas sukatan suka ati dan sesedap rase).
.

Tumis bawang putih, daun kari, cili dengan planta sehingga naik bau, kemudian masukkan susu . kacau sehingga larut. masukkan ayam pop corn. gaul hingga rata. siap dan hidang! 😘..

Monday, May 22, 2017

Brownies Coklat

Resepi Brownies Ala2 Secret Recipe (sedap dan simple)


BAHAN2:

  • 3/4 cawan minyak sayuran (sy guna myk masak ajer)
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 tsp esen vanila
  • 3 biji telur gred A
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan cocoa powder
  • 1 tsp baking powder
  • 1/4 tsp garam halus


** kebetulan ada dark coklat bar whitetakers almond dlm peti.. jadi sy cair kan dlm sebesar tapak tangan dan masukkan dalm bahan2 td.


CARA2 BUAT:

  • Campurkan semua bahan dalam mixer dan mix dlm kadar perlahan.
  • Panaskan oven 180c.
  • Masukkan bahan yang telah sebati ke dlm loyang 8inci yang telah di sapu minyak.
  • Bakar selama 25-30minit. Jika cucuk dah bersih,means kek masak dengan perfect!
  • Boleh mkn dengan aiskrim vanila atau pun boleh mkn dengan topping nutella.. kalau rajin boleh buat toppinh coklat sendiri.(sy tak berapa rajin, jadi mkn saja atau mkn dengan nutella jer.. hehe)


SELAMAT MENCUBA RESEPI YANG SIMPLE TAPI SEDAP!!!😘


Tuesday, May 2, 2017

Sira Pisang

Bahan2:
pisang
Gula
secubit garam halus
daun pandan
air
sebiji telur

Cara Buat:
Letakkan air dan gula sesedap rasa, masukkan daun pandan, garam secubit  dan biarkan sampai gula cair dan rata. Masukkan pisang yang telah dipotong dan biarkan sehingga pisang empuk dan pecah telur sambil kacau perlahan. kemudian siap. sejukkan dalam peti.. makan sejuk2.
 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez