Saturday, June 12, 2021

Sagu berkuah susu kastad

 Sagu berkuah susu kastad



Bahan puding sagu:

  1. sagu
  2. Air secukupnya - untuk merebus
  3. Sedikit sirap ros jika sagu tak berwarna


Cara penyediaan:

  1. didih air mengelegak..
  2. masukkan sagu tanpa basuh
  3. kacau dan tutup 10minit
  4. buka dan kacau..
  5. tambah air panas lagi
  6. tutup dan siap
  7. Masak sehingga sagu bertukar menjadi jernih.
  8. Siramkan sagu yang masih panas dibawah air yang mengalir dengan menggunakan penapis & dikacau supaya kanji sagu keluar.
  9. Toskan sagu tadi & masukkan ke dalam acuan yang bersesuaian supaya senang untuk dihidang.
  10. Simpan di dalam peti sejuk.


Bahan kuah kastard:

  1. 3 sudu makan tepung kastard
  2. 1 tin susu cair
  3. 1 tin air (guna tin susu cair)
  4. 8 sudu makan gula - tak suka manis kurangkan
  5. secubit garam


Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan diatas, masak sehingga semuanya larut. Sentiasa kacau hingga mendidih.
  2. Kuah sedia digunakan untuk dimakan bersama puding sagu.

Wednesday, June 9, 2021

KEK BURN CHEESE

 KEK BURN CHEESE



Bahan-bahan:


250 cheese

200 whipping cream

2 sudu makan tepung gandum

1/2 cwn gula

3 biji telur

1 penutup esen vanila


Cara-cara :

Blend @ mix semua bahan dlm blender @ mixer sehingga sebati.

Masukkan ke dalam loyang saiz air fryer. (sy sapu minyak skit pada bekas loyang sblm letak bahan kisar td utk elak melekat)

Bakar pada suhu 180 selama 25 minit 

kemudian bakar lagi pada suhu 200 selama 2 minit (utk hasilkan burn pada bahagian atas)

rehatkan kek setelah siap bakar selama 15 minit dlm air fryer tu. (Air fryer Khind Digital)

Keluarkan dan selamat menjamu selera

KUIH SIPUT LEMAK MANIS

 KUIH SIPUT LEMAK MANIS



2 cwn tpg gandum

2 1/2 sb gula castor

1 sk garam halus

3 sb marjerin

Air sejuk secukupnya !


Campurkan tpg gandum,gula, garam & marjerin, gaul2 sebati semuanya...

Then campurkan air sejuk sedikit2 ke dlm campuran td...

Bila doh dah sebati ( x keras, x lembut & betoi2 sesuai utk diterap nanti) , bolelaa gentel2 kecik2 dahulu sblm diterap di atas papan penerap siput...

Bila semuanya siap, panaskan minyak & goreng hingga keperangan...

Friday, March 5, 2021

Udang masak kunyit bersos

 


Bahan-bahan:

Udang

kunyit 

sos cili thai

sos tomato

sos tiram

kicap

bawang putih, bawang merah di mayang

lada halus


Cara-cara:

Gaul kunyit dengan udang, panaskan minyak masukkan bawang mayang, masukkan semua sos dan lada halus


Puding Kepala Santan


 Bahan-bahan:

1 bungkus agar2 tali 20g

6 cawan air

2 cawan santan

2 biji telur

6 sudu gula @ secukup rasa

Cara-cara :

Masakkan agar2 tali sehingga larut dengan 6 cawan air dan gula, dlm bekas lain adun santan dan telur, bila dah menggelegak, kecilkan api, masukkan adunan santan.. masukkan dalam bekas dan sejukkan. 

Friday, April 24, 2020

Kuih Tepung Bunga

Bahan-bahan:

1 cawan tepung pulut
½ cawan  air
¼ sudu teh garam
1 biji telur - untuk celup
Minyak- untuk menggoreng
2 sudu gula pasir- untuk tabur

Cara -cara:

Uli tepung pulut dengan air dan garam.. sehingga boleh dibentuk.Bentuk bulat dan penyetkan leper.Celup telur dan goreng. Toskan minyak, gaul dengan gula.


Tuesday, April 21, 2020

Jus Lega

Bahan-bahan:
- 1 gelas madu
- 1 gelas bawang putih kisar (kisar sedikit air sahaja)
- 1 gelas halia kisar (kisar sedikit air sahaja)
- 1 gelas jus lemon
- 1 gelas cuka epal

- pastikan gelas bukan gelas besi, utk jaga khasiat bahan. Dan guna periuk kaca semasa memasak jus lega.

Cara2:

Masukkan bawang putih, halia, jus lemon dan cuka epal dlm periuk kaca, dan kaca sehingga nmpk pekat dan kurang separuh dr sukatan asal. Masak kira2 2 jam dgn api sederhana dan sentiasa kacau.
Bila dah nmpk pekat, masukkan madu dan bia kan sejuk. Simpan dlm peti dlm bekas kaca. Ambil 2 sudu plastik pagi dan ptg.

Gambar dr google

Hasil Jus Lega


 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez