Sunday, November 27, 2011

Spagheti AyeMunie

Bahan-bahan Kuah :

- Bawang Lumat,
- bawang putih dadu,
- daging cincang,
- tomato potong dadu,
- sos spagheti,
- sos tomato,
- garam secukup rasa,
- gula secukup rasa,
- sosej dipotong nipis2,
- cendawan butang dipotong nipis2,
- bebola daging

*Masukkan minyak dan tumis bawang dan daging cincang. Kemudian masukkan semua bahan.

Mee:
Letakkan myk dalam air rebusan mee untuk mengelakkan spagheti melekat

Apam Polkadot



Bahan-bahan

- 3 biji Telur dari peti sejuk (gred A)
- 275gm tepung gandum
- 220gm gula halus
- 150ml susu segar atau susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling, blueberry, strawbery
- Pewarna


Cara Membuat : 


Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima hingga kembang.
Bahagian adunan kepada 3 bahagian, titiskan warna.
Masukkan adunan dalam piping beg dan picit adunan dalam beg dan picit adunan dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
Masukkan filling dan masukkan adunan lagi hingga penuh
Last sekali dot-dot warna pilhan..kemudian kukus selama 10-15 minit atau hingga masak.

Tart Telur

Bahan Kulit :

- 1 1/2 cawan marjerin,
- Gandum (Masuk sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli dan tidak terlalu keras)
- Secubit Garam

Bahan Isi :

- 1 cawan air
- Sesenduk gula (masukkan air dan gula dahulu)
- 1 cawan susu cair
- 2 biji telur


Cara-cara membuat :


- Bahan Kulit adun semua bahan.
- Bahan Isi adun semua bahan.
- Bakar setelah dimasukkan ke dalam acuan tart telur.

Kek Caramel

Atas Kali ke dua----Bawah pulakPertama Kali cuba dan Menjadi..suke..:)

Munie nye kek..:)

Bahan A – gula hangus:
2 sudu besar gula caster
Cara: Taburkan gula secara sekata di atas loyang dan masak atas api perlahan sehingga perang.  Ketepikan, biar sejuk
Bahan B – karamel
1/2 tin susu cair (susu luna tin besar- susu cair apa2 pun ok..sy gune susu cair f&n je)
70 gram (8 sudu besar) gula caster – nak kurang manis, 7 sudu sudah cukup
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Cara: Kacau sebati – pastikan tiada buih dan tapis di atas gula hangus yang sudah beku
Bahan C – kek
140 gram tepung gandum
70 gram gula castor (8 sudu besar)
3 biji kuning telur
135 ml air (7 sudu besar)
7 sudu besar minyak sayuran
1 sudu teh baking powder (tidak perlu jika menggunakan tepung naik sendiri)
Cara: Kuning telur, air dan minyak dipukul sehingga kembang. Masukkan gula, pukul lagi hingga naik sekali ganda. Masukkan tepung dan baking powder
Bahan D – meringue
6 biji putih telur
70 gram gula castor (8 sudu besar)
1 sudu teh cream of tartar
Cara: Pukul bahan-bahan atas sehingga kembang dan tidak jatuh bila diangkat dengan sudu
Cara satukan bahan C dan D :
Satukan C dan D, dan kaup balik sehingga sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian, dan titiskan pewarna berlainan kepada setiap bahagian. Kacau sehingga warna sebati.
Langkah akhir sebelum masak:
Di dalam loyang berisi karamel dan gula hangus tadi, sendukkan 1 bahagian warna kek ke bahagian tengah karamel. Sendukkan warna yang lain ke tengah-tengah bahagian adunan kek yang disendukkan sebelum ini. Ulang prosen ini sehingga adunan kek habis.
Panaskan oven dengan suhu 375 F (190 c). Masak kek secara double boiler (letak di atas loyang lain yang berisi air).
Masak selama 40 minit di bahagian bawah oven.

p/s : lupe lak ambik resepi ni kat ne..pe pun..thanks for sharing..:)

Monday, August 22, 2011

kuih kaswi

KUIH KASWI
Resepi Asal:KAK QUINNIE (dpt dr kwnnyer kak Q)

Bahan2

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 1/2 cawan gula putih (kalau suka manis buat 2 cawan)
  • 2 cawan gula merah (saya guna yg elok punya jadik tak yah nak buang pasir)
  • 9 cawan air
  • 1/2 sudu besar kapur ( kapur tu kalau keras tambah air panas dulu biar dia cair..lepas tu ambik air ngan kapur2 nya sekali) 
Cara2
  1. mula2 masak gula merah dan gula putih bersama dengan 2 cawan air. masak hingga gula hancur dan sebati dan berbuih...dia bila buih tu maknanya gula dah likat.>>Yg ni kita letakkan daun pandan diikat sekali semasa memasak.
  2. selepas gula dah masak, tapis air gula tadi. kemudian campur kan lagi dengan air hingga bancuhan air gula tadi menjadi 9 cawan air gula. (kiranya air gula tadi...lepas tapis sukat la dapat berapa cawan...lepas tu jadikkan dia sampai dapat 9 cawan)
  3. campur semua tepung dan kapur, lepas tu masuk kan air sikit2 dan kacau sebati.
  4. untuk pastikan semua bahan sebati, tapis kan bancuhan tadi.
  5. sebelum membancuh bahan tadi, boleh lah dipanaskan kukusan, bila kukusan dah panas, isi bahan bancuhan kedalam loyang yg telah di griss atau pun acuan lompang yg telah di griss jugak. kalau guna acuan lompang boleh isi penuh2.
  6. kukus kuih tadi selama 15-20 minit kalau guna acuan lompang...kalau pakai loyang kukus dlm 45 minit. lepas tu sekiranya ada air bertakung atas kuih, buka penutup kukusan tadi dan buang kan airnya...sama ada guna tisu dan lap2 kan kat atas kuih tadi atau pun guna penyepit kuih dan tonggeng kan sikit acu lompang atau loyang kuih dan biar air tu jatuh. kemudian masakkan lagi selama 10 minit dgn membiarkan penutup kukusan tadi dibuka utk kasi air tu kering.
  7. bila dah kering boleh la di tutupkan api dan diangkat kuih utk disejukkan. biar kuih dah betul2 sejuk baru boleh dipotong atau dikeluarkan dari acuan lompang.
  8. boleh lah dihidangkan bersama kelapa parut putih yg dicampur dengan sedikit garam. kukus selama 5 minit kelapa tadi utk kelapa tahan lama.
  9. utk mengelakkan kuih tu berair teruk kat atas dia...balut penutup kukusan dgn towel lembab.
(nota: satu adunan ni dpt satu loyang besar....saya buat 1/2 je kalau nak makan tuk sekeluarga...kuih ni tahan 2 hari...bleh simpan dlm peti ais kalau tak habis..)

credit to : http://kurniaanmu.blogspot.com

Monday, February 28, 2011

Topping Kek Coklat

Utk topping :

1/2 cawan serbuk koko van houten
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter @ marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curah atas kek coklat yang sudah dikukus

resepi kek coklat

Sandwich

Bahan-bahan :

- Timun sebatang (dihiris)
- Tomato 2 biji (dipotong dadu)
- Limau nipis 3 biji (untuk perahan)
- Salad budget dalam RM2 kebwh (dihiris)
- Lada besar 2 biji (dihiris)
- Mayonis 2 bungkus (yang paket RM1)
- Sardin Sunstar tin besar (dilenyek)
- Tuna Ayam Brand

-Roti High 5..

Cara-cara membuat :

Timun, salad,  tomato, lada, sardin, mayonis dan tuna digaul terlebih dahulu kemudian limau nipis diperah dan digaul rata..kemudian, boleh la makan dengan roti...



p/s: ni resepi sandwich kat pejabat..aku takut lupe lak bile kena giliran aku kena wat sandwich..heheh
 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez