Thursday, October 2, 2014

Mee Hun Goreng Tomyam

Bahan-bahan :
  • 1/2 bungkus bihun (200 gm)- rendam hingga lembut dan toskan
  • 4 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar udang kering - direndam seketika dan toskan* (* ditumbuk)
  • 4 biji cili padi (boleh adjust ikut tahap kepedasan yang diingini) - ditumbuk atau diketuk sahaja*
  • Sedikit isi ayam yang dipotong dadu atau daging lembu yang dihiris nipis
  • 2 sudu besar tom yam paste ATAU 1 kiub tom yam
  • 2 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun limau purut - dicarik
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang dan nipis
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga naik baunya.
  2. Masukkan daging atau isi ayam dan biar seketika.
  3. Masukkan pes tom yam, lobak merah dan daun limau putut. Kacau rata.
  4. Masukkan air, garam dan gula dan gaul rata. Kemudian masukkan bihun dan gaul sebati.
  5. Tutup api dapur dan boleh dihidangkan.

Thursday, August 14, 2014

TALAM UBI KAYU/ BINGKA UBI KAYU


 Bahan:
Lapisan Bawah
 1 kilo ubi kayu [mesinkan dgn 1 cawan air. Tapiskan dan buangkan semula air tu]

 3 cawan air ]
1 cawan gula merah ] masak dan tapiska
1 cawan gula pasir ] daun pandan ]

 Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam

 Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu dibersihkan dan potong kecil. Masukkan dalam blender dan mesinkan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Buangkan air yg ditapiskan.
3. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
4. Sapukan sedikit minya didasar loyang supaya senang untuk memotong kueh ini.
5. Masukkan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran 30 minit.
6. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
7. Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar.
8. Kacau rata [jangan tinggalkan] dan tutup api.
9. Bila lapisan bawah[adunan ubi] taelah masak, perlahankan api dan cakarkan permukaan adunan ubi tu. 10. Tuangkan adunan lapisan atas dan kukuskan sekali lagi selama 20 minit.
11. Tutup api dan sejukkan betul2 sebelum di potong dan hidangkan.

Friday, August 8, 2014

Nasi Tomato

Bahan-bahan Nasi (3 cawan beras):

- Rempah 4 beradik
- 1 sudu besar tomato puree
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 bawang besar dimayang halus
- 3 ulas bawang putih di mayang halus
- 1 biji tomato
- 2 sudu susu pekat (masukkan air dalam cawan dan kacau susu pekat td)
- minyak utk tumis
- sedikit garam

Cara-cara Masak Nasi tomato

Tumis bawang besar dan putih serta 4 beradik sehingga naik bau(tumis dalam periuk nasi jerr terus).. kemudian masukkan tomato puri dan sos tomato..beras yang di basuh dan direndam seketika di masukkan dan di gaul rata.. masuk kan air secukup sukatan.masukkan susu.masukkan garam..masukkan buah tomato yang di potong..tekan suis periuk nasi..tggu yerr masak.. heheh

Monday, December 30, 2013

Kentang Masak Merah

Kentang Masak Merah Ala-ala Johor

Bahan-bahan

Ubi Kentang
Lada Lumat
Bawang Lumat
Asam Jawa
Garam Kasar ( petua dari arwah ma (al fatihah) masak gune garam kasar sebab kalau garam halus pahit skit)
Gula
Minyak

Cara-cara
1. Ubi kentang dikopek dan dihiris bulat2, kemudian di goreng kosong.
2. Tumis kan bawang lumat, lada lumat dalam minyak yang da panas, masukkan air asam jawa , gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan kentang yang da di goreng ke dalam bahan tumisan tadi dan gaul hingga rata. Kemudian angkat dan hidang untuk dimakan.


So Hun Lada Hitam Goreng

Bahan-bahan

Bawang lumat
Soo Hun
Bebola sayur
Sos lada hitam (cap puteri @ sarawak)
Lada hitam kisar
Sayur-sayuran
Isi Ayam
Sedap Rasa
Sos Cili
Kicap Manis
Gula
Minyak
Cili Api
(boleh anggar berapa banyak bahan2 sendiri)

Cara-cara buat

1. Soo hun di rendam ke dalam bekas yang berisi air penuh dalam 15 minit utk mendapatkan soohun yang lembut.
2. Tumis kan bawang lumat dalam minyak, masukkan ayam, masukkan cili api yang telah dipotong, sos lada hitam, kicap, sos cili, sayur2 bebola sayur..masukkan sedikit air, gula, garam.
3. Masukkan soo hun ke dalam tumisan tadi, kemudian gaul sehingga rata ..masukkan lada hitam kisar secukup rasa.
4. biarkan rata sohun dengan tumisan, kemudian angkat dan sedia untuk di hidang.

p/s : rekaan resepi sendiri..yang penting en hubby dah ketagih.. hehe.. :)

Tuesday, September 17, 2013

Masak Lemak Kuning (Sotong/Udang/Ketam)

Bahan-bahan
Bahan A
- lada jarum 10 biji (sbb suke pedas)
- halia sebesar ibu jari
- kunyit sebesar ibu jari
- 2 batang serai (potong kecil2 dulu sebelum tumbuk)
- 5 biji bawang putih

Bahan B
- minyak masak
- Sotong / udang/ ketam
- bawang lumat
- 1 batang serai yang dah di ketuk skit (nak bagi naik bau je)
- santan segar (suke hati, kalau nak pekat letak byk)
- sedikit garam dan gula (secukup rasa)

Cara Masak
1. Tumbuk semua bahan A dengan lesung atau cara moden kisar tapi tak berapa lumat la..sedang2 saje
2. Tumis bahan A ke dalam minyak dan dah masukkan bahan B
3. Sentiasa kacau sehingga menggelegak. Siap untuk di hidang.

Wednesday, July 31, 2013

Biskut Sarang Semut

 Bahan-Bahan:
Gula halus 1 cawan
 Buttercup/mentega/planta 1 cawan
 Tepung gandum 3 sudu
 Tepung kastard 1 1/2 cawan (ikut gram kedua tepung adalah 400gram. Bila tepung gandum 50g, tepung kastard 350g ya)
Kuning telur 1 biji
Esen vanilla Mangkuk kertas. (adunan akan dapat 100biji) Hiasan - coklat rice


Cara Menyediakan: 

1- Pukul gula dan mentega hingga kembang dalam 5-6minit
2- Masukkan telur kuning dan esen vanilla, gaul lagi.
3- Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan akan lembut sahaja.
4- Parut adunan seperti gambar diatas.
5- Masukkan dalam paper cup dan hias dengan coklat rice.
6- Bakar pada suhu 180c selama 10minit.
 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez