Monday, March 30, 2020

Butir Nangka

Bahan-bahan butir nangka

  • 4 cawan tepung beras pulut
  • Air
  • Sedikit kapur makan
  • Secubit garam dan pewarna kesukaan
  • Kuah:
  • Santan kara kotak kecil
  • Gula secukup rasa
  • Garam secubit
  • Daun pandan


Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. Kacau...
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul.
  3. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Tambah air ikut keperluan.
  4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... Bila masak ia akan timbul.
  5. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. 
  6. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan ke dalam periuk, masaklah hingga mendidih. 
  7. Bila dah siap bolehlah dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. Sedia untuk dihidang...
  8. Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. Begitu juga dengan halba. Boleh ditambah sukatannya kalau suka

Wednesday, June 19, 2019

Kerabu Mangga

Bahan-bahan :
- Sebiji mangga besar
- Sos ikan thai
- 2 batang serai
- 1 biji bawang besar
- 8 biji cili api
- secubit garam dan gula

Cara- cara buat :
- Masukkan isi buah mangga yang telah di cincang memanjang, masukkan sos ikan thai secukup rasa, masukkan serai yang telah di mayang halus, masukkan bawang besar yang telah dimayang halus, masukkan cili api yang dimayang halus dan masukkan secubit garam dan gula seuckup rasa. Semua bahan yang dimasukkan digaul sebati. Masukkan dlm peti ais seketika. Dan silalah nikmati.. 😊

Friday, March 29, 2019

Sangkaya Boat Noodles

Sangkaya Sebiji Mcm Boat Noodles.

Bahan-Bahan:
5helai daun pandan(blend 1cwn air/tapis ambik air jer)
1biji telur
1kotak santan @ 1tin susu cair (hubby guna santan)
1sb tepung jagung
Gula n garam secukup rasa .

Cara Membuat:
Bancuh semua bahan bg sebati ,letak atas dapur bg mendidih . Kacau selalu jgn bg berketul , ok dh siap .

Untuk roti boleh pakai roti Gardenia. kukus dulu sblm di hidang. lembut dan mkn panas2..Terbaik! Alhamdulillah

Friday, February 22, 2019

Kuih Lapis

Kuih lapis



Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)-sy guna santan dlm kotak, santan kara kotak paling kecil.1kotak kecil santan, 1kotak air.
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros


Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci.

2.  Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

3.  Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

5. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. 


6. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

Wednesday, January 30, 2019

Ayam Masak Merah Stail Kundasang

Bahan-bahan:
- 6 ketul ayam
- tepung ayam goreng bestari
- 5 sudu besar sos cili thai
- 5 sudu besar sos tomato
- 5 sudu besar sos tiram
- 5 sudu besar kicap manis
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 1 bawang besar dipotong mayang

Cara-cara:
Goreng ayam yang telah diperap dengan tepung ayam goreng bestari.
Tumis semua sos dan bawang dan buah tomato, bila dah semua sebati, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.. gaul dan biarkan sedikit pekat. dannnn siap.. sila hidang.

p/s : mkn kat kedai makan kundasang, sedap plak.. jadi try buat mcm kiter rase hari tu..

Saturday, December 29, 2018

Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahan:

Pulut Hitam (dlm 3 pot nasi)
Santan (me guna santan kara 1 kotak kecil jer)
Gula (secukup rasa)
2 helai Daun Pandan
Air (tenggelam pulut dan sehingga pulut pecah2)
Secubit garam

Cara-cara:

Rendam pulut semalam dlm air. (untuk lembutkan pulut dan jimat masa masak pulut esoknya)
Esoknya, bilas pulut yang dah direndam dan rebus pulut dengan air melebihi sehingga pulut pecah-pecah.. Jika air dah surut dan pulut masih tak pecah, boleh tambah lagi air sehingga pulut betul-betul pecah. Kemudian masukkan daun pandan, santan, gula dan garam sehingga menggelagak dan masak. (kacau yer, utk dptkan pulut santan yang cantik). Okay bubur pulut hitam is done.. Selamat mencuba!


Thursday, December 27, 2018

Kek Gula Hangus

Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-bahan:
2 1/2 Cawan Gandum
1 1/4 Cawan Gula
1 1/2 Cawan Air
1 Sudu Besar Soda Bikarbonat
8 Biji Telur
1 Tin Susu Pekat
1/2 Cawan Planta

Cara-cara:
Gula dihanguskan sehingga kekuningan. Sejukkan seketika, masukkan sedikit demi sedikit air. (hati2 mudah terpercik). Biarkan sejuk seketika.

Pukul susu, dengan planta, masukkan sebiji demi sebiji telur. Kemudian masukkan gandum sedikit demi sedikit.(Gandum dan soda bikarbonat diayak terlebih dahulu). Masukkan gula hangus dan gaul rata.


Sapukan loyang dengan sedikit planta rata seluruh loyang. Tuang semua adunan ke dalam loyang (adunan diperap selama 4jam untuk dptkan struktur sarang yang cantik). Bakar dlm suhu 180c, 45minit.(depends pada oven masing2, cek kek masak tak, cucuk garfu tgh kek.. tak melekat pada garfu maknanya dah masak). kalau tak masak tambah 20minit lagi. selamat mencuba! 🤗

 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez