Wednesday, November 30, 2011

Nasi Ayam



Bahan-bahan Tumis :

Marjerin,
5biji bawang putih yang dimayang,
1 biji bawang besar yang dimayang,
sehelai daun pandan
 *semua bahan di atas ditumis

Sup rebusan Ayam:
3 labu bawang putih (lenyek sedikit)
Halia(hiris bulat2)
Ayam

Sos Lada:
6 biji lada besar ,
1 biji tomato,
11 biji asam limau nipis,
1 ulas bawang putih,
sedikit air rebusan ayam,
garam,
gula
*semua bahan di atas dikisar.


Ayam Perap:
Ayam dari rebusan ayam dikeluarkan dan diperap dengan kicap masin, kicap manis, sos tiram maggie. Kemudian digoreng.
*Air perapan kicap ayam tadi boleh digunakan sebagai sos kicap ayam

Nasi :
Beras dibasuh, air rebusan ayam lebih 1 dari sukatan beras, campur dengan bahan2 tumis, garam secukup rasa.

Kuah Sup:
Apabila ayam dikeluarkan, masukkan garam secukup rasa, masukkan kiub ayam, masukkan rempah sup bunjut, masukkan bawang goreng, daun sup yang dihiris, daun bawang yang dihiris.

Lala Masak Pedas

Bahan-bahan:

Lada giling
Bawang lumat,
Sos cili,
Sos Tomato,
Garam,
Gula,
1 biji tomato,
5 biji bawang putih ditumbuk separa hancur
halia sebesar ibu jari ditumbuk separa hancur
2 batang serai dihiris nipis2
belacan sebesar ibu jari
1 biji bawang besar mayang
5 biji cili padi dihiris nipis
asam jawa,
lala,
minyak masak.

Cara-cara Memasak:

Lala direndam dalam air seketika untuk membuang pasir dalam kulit.
Tumis bawang lumat dengan lada giling dalam minyak sehingga berbau, kemudian masukkan bawang putih yang ditumbuk, serai, asam jawa, masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula secukup rasa, belacan, masukkan lala, perah asam limau.

Sambal Ayam Penyet

*Anggaran 2/5 blender

Cili Kecil
Cili Besar
1biji bawang besar
1biji tomato (dikisar)
1biji timato (dihiris)
10 bji limau nipis
belacan
garam kasar
gula

*Campur semua bahan dan kisar.selepas kisar, panaskan minyak dan tumis. letakkan lagi tomato yang dihiris. Tumis sampai pekat.

Rojak Buah(Resepi en hubby)

*Anggaran Untuk sukatan setengah blender

Lada Kering - 2cekok tangan (potong, rebus & blend)
Kicap kipas udang - setengah botol
Nisan (suku keret)
Belacan (1 sudu besar )
Asam jawa (3 sudu besar/setengah cawan)
Cuka (3 sudu besar)
Gula (3 suku cawan)
Garam (secukup rasa)

Blend lada kering + semua bahan yang lain. bila semua bahan telah hancur, masak atas dapur seketika.

Monday, November 28, 2011

Biskut cornflakes bermadu

Bahan-bahan:

8 cawan sukatan cornflakes
Setengah cawan kismis
Setengah cawan madu
Setengah cawan mentega
2 sudu makan gula

Cara-cara:
Masak mentega, madu, gula atas dapur dengan api yang perlahan. Siap masak gaulkan dengan cornflakes dan kismis. Kemudian bakar dengan oven (agak2 suhu ) sehinnga kekuningan.

Nasi Lemak

Bahan Nasi:
2cawan beras
1 cawan santan
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
3 hirisan halia
Secubit garam
Hirisan bawang merah

*Masukkan semua dan masak nasi lemak.

Bahan Sambal:

Tumis bawang dengan lada dan asam jawa, masukkan bilis, garam, gula.

Tumpat Sotong


Bahan-bahan:
Mayang bawang merah panjang2,
halia, santan, garam secukup rasa, halba,
beras pulut perap dengan santan dalam 15 minit.

Cara-cara:
Letakkan santan dalam periuk, masukkan bawang,halia,garam,halba.(Kuah)

Masukkan pulut yang sudah diperap dengan santan ke dalam sotong, sematkan sotong dengan lidi.

Masukkan sotong yang sudah berisi dengan pulut ke dalam kuah. Masak sehingga sotong masak.
 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez