Monday, October 31, 2016

Sayur Kulit Rambai


Bahan-bahan:
- Kulit rambai (ikut suka hati nak banyak mana pun)
- santan (anggar je agak2 tenggelam sayur)
- isi ikan selayang (suka hati juga)
- 1 bawang besar
- 1 biji lada besar
- kacang panjang
- secubit garam

Cara-cara buat:

Rebus kulit rambai kemudian sejukkan dan ramas sedikit kulit rambai untuk kurangkan rasa masam kulit rambai. 
Kemudian rebuskan kacang sehingga sedikit lembut.
Kemudian masukkan santan, isi ikan, bawang besar, lada besar, kulit rambai, kacang dan masak dengan api perlahan. masukkan garam secukup rasa. kemudian agak2 dah masak, boleh lah hidangkan. dan selamat menjamu selera..

p/s : boleh letak petai jika ade.. lagi best:)

Thursday, October 20, 2016

Sira Labu

Bahan2:.

1biji labu potong ikut lekuknya
Gula sampai menutup labu
daun pandan sampai disusun penuh dlm periuk..
1sudu besar air kapur

Cara2 buat : .
-labu yang dah dipotong dan dibuang biji dan selitar tgh labu di rendam dlm air dengan 1 sudu besar air kapur selama 1 jam.
- susun daun pandan dlm periuk, kemudian masukkan susun labu yang telah ditoskan dr rendaman tadi.
- kemudian masukkan gula sampai menutup labu dlm periuk.. dan masakkan atas dapur dengan api yang kecil. biarkan sehingga air gula keluar bunga2 gelembung udara. (tak perlu masukkan air, sbb labu sdiri akan keluarkan airnya)..
- nampak dah berkilat labu dan kering boleh lah simpan dalam peti ais..😍👍🏻😘
SELAMAT MENIKMATI SIRA LABU YANG SEDAP NI.. Labu buah kegemaran Rasulullah tau.. Allahummasollialasaidinamuhammad :)

Sunday, October 9, 2016

Popia Cendawan

Resepi Popia Cendawan

Bahan-bahan:
- 1 tin cendawan butang yang dah siap dipotong(buang air dlm tin)
- 1 tin cream of mushroom (campbell) 
- 3 batang sosej(potong kecik2)
- 2 biji bawang besar(potong dadu kecik2)
- 4 keping cheesedale
- kulit popia
- 1-2 sudu myk zaitun utk menumis
- serbuk blackpapper (tak letak pun tak pe)
- sedikit garam

Cara-cara:
- panaskan myk zaitun, masukkan semua bahan diatas kecuali kulit popia yer.. 😁
- kacau sehingga masak
- dah masak gulung lah dengan kulit popia.. 
- lepas tu goreng dan makan.. 😁
SELAMAT MENCUBA✌🏻️

Friday, March 4, 2016

Roti Jala & Kuah Kari

Resepi Roti Jala

- Gandum 1/2 blender
- 1 biji telur
- santan 1 cawan
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
- pewarna kuning 1 sudu besar
- air 2 atau 3 cawan (pastikan boleh di blend, tak terlalu likat, tak terlalu cair)
**blend semua bahan

Kuah Kari

- minyak masak
- serbuk kari adabi (yang ni suka hati nk guna cap apa)
- bawang besar, bawang putih, halia (blend jadi bawang kisar)
- rempah 4 beradik 
- daun kari
- 2 cawan santan
- isi ayam potong dadu
- ubi kentang potong dadu
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa

**tumis serbuk kari dlm minyak yang panas, masukkan bawang kisar, 4 beradik, daun kari, sehingga naik bau. masukkan sedikit air, masukkan isi ayam, masukkan ubi kenyang, gula garam.. biar kan sehingga masak. jangan lupa masukkan santan.

Sunday, November 8, 2015

Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan:
1. seekor Ikan patin
2. 4-6 sudu tempoyak
4. 5 biji cili padi 
5. kunyit hidup sebesar ibu jari
6. sedikit serbuk kunyit
7. 1 asam gelugur
8. 1 batang serai
9. daun kesom (jika ada)
10. garam dan gula secukup rasa
11. air

Cara-cara: 
1. Tumbukkan cili api dengan kunyit hidup. kemudian gaulkan dengan tempoyak.
2. masukkan air dlm kuali dan masukkan bahan tumbuk tadi.
3. kemudian masukkan ikan patin, asam gelugur, serai, garam dan gula secukup rasa. tambahkan serbuk kunyit jika kurang kuning.
4. biarkan mendidih dan masak. hidang dan makan! 



Sunday, November 1, 2015

SPaGheTTi AgliO OLiO SiMpLe


Bahan-bahan:
1. mee spagheti panjang ( yang biasa )
2. udang sotong ( suka hati nak letak banyak mana)
3. minyak zaitun
4. parsley
5. bawang putih satu labu (potong dadu)
6. brokoli
7. sedikit garam
8. serbuk lada hitam
9. cili padi ( ditumbuk halus - suka hati nk byk mana, kalau suka pedas lebihkan )

Cara-cara :

1. spagheti mee di rebus dlm air mendidih dengan sedikit myk masak) elak mee melekat).. bila dah masak tos air..
2. minyak zaitun dimasukkan dalam kuali, kemudian masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
3. masukkan sotong dan udang ke dalam kuali dan masukkan sedikit air..
4. masukkan sayur brokoli dan parsley dan kacau.
5. masukkan lada hitam, garam dan cili padi.
6. masukkan spagheti tadi dan gaulkan sehingga sebati dan masak.. 
7. selamat hidangkan dan makan.. nyum!!

Sunday, August 23, 2015

puding roti dengan sos kastard sedap



Bahan-bahan untuk puding roti:

8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus (sy lebih kan 1 sudu, sbb hubby suka manis skit)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:

 
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus (sy lebih kan 1 sudu, sbb hubby suka manis skit)
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:

 1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, husna kacau guna mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain..

2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..

3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..

Untuk sos kastard:

satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..
 

~Resepi Munie~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez